Memaparkan catatan dengan label My Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Life. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Ogos 2017

MEMORI YANG TERINDAH

Rasanya dah lama tak update blog ni. Maklum la, asyik main facebook ngan Instagram je..
Kalo nak ikut perkembangan, maybe boleh follow IG Id allaboutlifeanddream

Hmm..
Bila dah merasa kehilangan baru kita terkenang masa yang lepas.
Yup, memang sah ayat tu.

Selepas pemergian kedua arwah mak ngan abah, semua memori bersama arwah mula bermain di ingatan. Memori dari kecil hinggalah  semasa menjaga arwah semasa jatuh sakit. Alhamdulillah, segala pengorbanan untuk menjaga mereka dapat di fahami oleh isteri yang tersayang. Kredit kepada pn Hafsah Zainuri kerana menjadi isteri yang prihatin. In Sha Allah, sekarang akan lebih banyak meluangkan masa untuk keluarga sendiri.

Bila terasa kehilangan kedua-dua arwah, memori bersama mereka semasa kecil hinggalah dewasa menjadi pengubat rindu. In Sha Allah, segala pesanan dan didikan arwah akan diterapkan kepada anak-anak. Ilmu yang disampaikan biarlah berpanjangan untuk menjadi bekalan arwah di sana. Banyak nasihat dari arwah abah banyak digunakan untuk meneruskan kehidupan dan menjadi pedoman untuk memajukan diri.

Arwah abah banyak mengajar untuk survive dalam hidup. Walaupun belajar tinggi tapi tak boleh nak survival pun susah gak kan? Kalo ada pencen pun sama gak pesanannya (arwah seorang pesara). So, pengalaman arwah banyak gak betulnya. Arwah dah jadi pesara, peniaga di pasar dan juga seorang petani. Arwah selalu pesan, jangan lupa fikir apa akan jadi masa depan sebelum kita buat sesuatu. Bila besar dan berkeluarga, baru dapat mendalami ayat tu. Tak sangka, arwah dah menerapkan kami adik beradik agar berfikir kehadapan.

Arwah mak pula banyak mendidik cara mengurus diri. Terutama bab makan. Kalo dengar agak kelakar, tapi banyak betulnya. Dulu arwah mak selalu suruh belajar memasak, masa tu sebagai seorang lelaki agak ngeluh juga. Tapi sekarang, dah tahu kalo tak pandai masak agak rugi. Takkan nak makan luar je kot. Bila dah kawin, dapat gak masak utk keluarga. Memang ada isteri, tapi kalo dapat masak bersama kan lg syok. Maklum la, dengan harga barang zaman sekarang ni.

Banyak lagi pesanan dan ajaran arwah yang akan menjadi memori yang terindah. Kalo tak percaya, korang mesti ada pengalaman membesar kan? Macam tu lah memori yang akan tersemat abadi buat selamanya. MEMORI MEMBESAR BERSAMA ARWAH ABAH DAN ARWAH MAK..

AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM HAJI ALIAS BIN AHMAD dan HAJAH HAMIDAH BINTI OTHMAN

amin...

#allaboutlifeanddream

Ahad, 16 April 2017

Rezeki Dari Mu Yang Terindah

Dari hujung tahun 2015 hinggalah awal tahun ini, 2017.

Bersyukur kepada Mu kerana mengurniakan rezeki yang paling bermakna bagiku sebagai seorang anak. Alhamdulillah, berkat rezeki dari Mu dapat aku berada bersama arwah ibu dan ayah di saat mereka memerlukan. Yang paling aku bersyukur ialah rezeki dikurniakan masa untuk berada disamping kedua-dua mereka di saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Sudah menjadi impian dari kecil untuk menjaga kedua ibu bapa ku. Kini impian sudah pun terlaksana. Hanya perlu memberi tumpuan pada keluarga sendiri dan kerjaya.. In Sha Allah..

Kepada yang diluar sana yang sedang leka pada kerjaya, jangan di lupa pada kedua ibu bapa. Tanpa mereka, siapalah kita..

#rezeki #allaboutlifeanddream #ibubapa

Ahad, 8 Januari 2017

2017 and Sweet 34

Tahun baru, umur pun barulah. Sekejap je masa dah berlalu. Sekarang dah berumur 34 tahun. Alhamdulillah, dikurniakan seorang isteri yang memahami gaya hidup serta impian yang sama. Tak lupa juga 2 orang cahata mata. Si kakak dah sekolah darjah 1 pun tahun ni. Yang si adik pula sibuk nak sekolah macam si kakak.

Tahun 2016 banyak menguji kesabaran dan semangat dalam menunaikan impian dan tanggungjawab sebagai seorang anak. Biarlah apa orang nak kata. Bukan diorang tahu pun apa yang kita buat. Alhamdulillah, berjaya menjaga abah selepas pemergian arwah mak mac 2016.

Tahun ni teruskan perjuangan dalam mengejar impian sambil menjaga abah. Walaupun sebenarnya tumpuan lebih diberikan kepada abah, tapi impian tak boleh diabaikan. Bersama teruskan perjuangan bersama isteri yang turut mengejar benda yang sama. Maybe tahun ni guna konsep persaingan suami isteri untuk mengejar apa yang terlepas tahun lepas.

IN SHA ALLAH..

Rabu, 14 September 2016

Peristiwa Pertengahan Tahun 2016

Apa nak dikata kalau dah ketentuan dari Nya..
Awal Januari, abah admit GH sebab diebetes..
Setelah berulang kali turun naik GH akhirnya kaki kiri abah terpaksa dipotong hingga bahagian bawah lutut pada 8 April 2016.
Yang paling menyedihkan ialah dengan pemergian arwah pada bulan mac 2016.
Memang tak disangka, dalam kesibukan menjaga abah di hospital, arwah mak pula pergi meninggalkan kami.
Tapi, Allah tu adil, Alhamdulillah, dapat job area kampung, senang nak jaga abah.
Disebabkan hajat abah nak tengok anak bongsunya berkahwin, kami pun mula la dengan misi untuk kahwinkan adik yang bongsu.
In Sha Allah,
24 september ni dia akan bernikah..
Rumah kami pula nanti 25 september 2016 buat kenduri tahlil arwah mak sambil menyambut menantu.
Buat bebiasa je..
Berdasarkan pengalaman jaga abah yang sedang uzur, memang banyak dugaannya.
Kadang-kadang terasa macam mengabaikan isteri yang tersayang dan anak-anak pun ada.
Nasib baiklah dapat isteri yang memahami.
Agak susah juga nak membahagikan masa untuk jaga hati abah, isteri dan anak-anak..

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini..."
Amiin..



Sabtu, 23 Februari 2013

Chinese New Year 2013

Dah lama tak update blog ni..
Walaupun ada update, tapi banyak di ruang motivasi.
Ruang personal, bebetul dah lama..

Hujung tahun 2012,
Berita tergempar ditengah malam Jumaat, 8/12/2012..
panggilan telefon dari adik ipar..
Drive dari Melaka ke parit Jawa, Muar..
Mak Mertua jatuh sakit..
Esoknya bawa pergi ke hospital Muar..
Selang tiga hari, mak mertua meninggalkan kami untuk selamanya...

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hamidah Binti Abdullah..

Al - Fatihah

So, tahun 2013 merupakan sessi baru buat isteri tercinta..
Tahun baru dengan perubahan baru dalam hidupnya..
Kami sekeluarga redha atas semua yang berlaku..
Kami mulakan tahun ini dengan azam baru untuk meneruskan cita-cita..

Datang lagi satu tahun baru awal bulan Feb. ni..
Chinese New Year..
Bermulalah satu lagi sambutan perayaan..
Meneruskan sambutan dan tali persaudaraan antara dua keluarga..
Kami pergi menyambut tahun baru walaupun dalam keadaan bersedih..
Keluarga tetap keluarga..
Keluarga sebelah sana banyak menasihati kami supaya bangun semula..
Biasalah, kami memang belum hilang sedih lagi..
Meraka semua pun tak kisah..
Kalo boleh biar selalu datang, maklumlah, bukan orang lain..
So, lepas ni kitorang masih lagi ada 3 kali raya dalam setahun..
Layan dulu gambar yang mana sempat dan ingat kitorang snap..
Tak dapat snap banyak gambar sebab terlupa dan nak kejar timing..
Nak habiskan raya dalam satu hari..
Labis 2 rumah, Buluh Kasap 1 rumah dan finishing di Parit Keliling, Jasin, Melaka.. 





 






Dalam tahun baru ini juga, partner wife ajak keluar makan..
Sambil tu bincang tentang perniagaan kecantikan diorang..
So, sekarang tengah buat planning untuk marketing diorang..
Next month dah boleh mula start..      
Bagi mereka yang berada di sekitar Melaka dan Parit Jawa,
Nantikan promosi bagi pakej istimewa anti penuaan rawatan muka dari wife saya..

T U N G G U . . .

Khamis, 31 Mei 2012

Hari Belia Negara 2012, PUTRAJAYA

Semua mesti tahu kan tentang Hari Belia ni..
Start dari 23 - 27 May 2012..
Korang maybe menyedarinya, tapi korang pergi tak?
Ramainya orang yang datang, especially pada hari sabtu dan ahad.

Sebenarnya kitorang ada buka boot kat sana..
So, hari-hari datang la..
Tak sempat nak jalan semua booth, coz luas sangat..
Sempat pergi yang mana dekat je..
Berjalan pun sebab si Ida yang ajak..
Dia just tunjuk je mana nak pergi..
Walaupun dah boleh jalan, tapi tetap kena dukung gak..
Takut hilang lak..

Sempena hari belia hari tu, B2B Collection ada buat sale..
Pada hari sabtu, ada fashion showcase..
Ada model memperagakan barang B2B..
Kitorang bawa barang tak banyak, just skirt, shawl dan aksesori sikit..
Maklum la, takut kereta tak muat.
Alhamdulilllah, sale kitorang gak boleh tahan..

Tapi kesian lak kat Ida sebab 5 hari kena ikut kitorang..
Nasib baik dia tak meragam..
Macam pepaham je ngan cara parent dia ni kan..
Dapat gak dia pengalaman dok kat booth, hu3..

Dari 23 -29 kitorang stay umah kakak kat Saujana Putra..
Thanks kerana sudi menumpangkan kami berteduh..

Masa event, nasib tidak menyebelahi kami pada hari Khamis malam Jumaat..
Semasa dalam perjalanan balik, kereta kami breakdown..
Nasib baik dah dekat dengan umah kakak..
Bawa je perlahan-lahan..
Sampai je kat umah, kereta pun berasap..
Kipas radiator tak berpusing..
Hari Jumaat kitorang buka booth lewat coz nak kena repair kereta dulu..
Takpe la, semua ni dugaan kitorang masa berniaga..
Janji semuanya ok..

Kitorang ambil masa 2 hari untuk menghilangkan penat..
Maklum la, tengah event pun sempat lagi nak menjahit..
Tidur lewat, bangun awal..
Memang penat pun..
Ida pula 2 hari membalas untuk tidur dengan selesa..


Bergambar Dengan Model
 

Khamis, 22 Disember 2011

Chicken Pop Melanda...

12/11/11
Bermulanya tanda-tanda serangan.
Wife kena demam panas.
Selang dua hari, bintik-bintik merah mula timbul..
Badan mula rasa gatal-gatal..
Selang satu hari, bintik merah mula timbul..
Rupanya terkena serangan chicken pop..

23/11/11
Wife dah mula sihat..
Bawa Ida gi klinik ikut jadual..
Ida kena injit untuk umur satu tahun.
Malam, badan Ida mula terasa panas..
Mula-mula ingatkan demam sebab injit..
Selang dua hari, bintik merah mula muncul..
Ida pun kena chicken pop..
Kesian tengok Ida..
Nasib baik dia tak menggaru kerana gatal..
Atau mungkin dia memang tidak terasa gatal..
Dia bermain seperti biasa..

1/12/11
Ida dah mula sembuh.
Masalahnya, bapa dia (aku) pulak yang rasa macam nak demam..
Aku dah mula terasa macam kena gak.
Selang dua hari, tepat seperti yang dijangka, aku pun terkena gak..
Masalahnya aku kena yang paling teruk..
Habis penuh satu badan..
Tension la gak..
Mula sembuh pada 8/12/11..


Satu keluarga kena chicken pop.
Takpe la, dah kena pasni takkan kena lagi..
Dalam tempoh sebulan 1 minggu satu rumah makan berpantang..
Yang peliknya, bekas kat badan Wife dan Ida dah baik,
Aku punya makin gelap lak..
Orang kata sebab terkena hujan..
Hope dia boleh hilang..
Tapi takpe lah..
Yang penting semua dah sihat seperti biasa...

Sabtu, 15 Oktober 2011

Dunia Ni Kecil Je

Minggu ni aku balik Parit Jawa, Muar, Johor.
Semalam dah sampai sini.
Tapi balik kejap je, malam kang dah balik Melaka balik.
Esok nak tolong abah kat pasar.

Dah lama tak tido kat sini.
Selalu datang, tapi balik hari je.
Nanti Ida tak puas main ngan atuk dan nenek dia kat sini.
Lagi pun jap lagi wife ada buat kelas kecil-kecilan untuk kecantikan..

Tadi pergi jemputan rumah kawan wife.
Kat area sini je.
Yang bestnye, bapa kawan dia tu juru nikah yang menikahkan kitorang.
Kebetulan kan..
Tak sangka boleh jumpa orang yang menikahkan kitorang.
Yang bestnya, baru tahu dia bapa kawan wife..
Kecilnya dunia ni kan..

Minggu ni macam-macam gak yang dapat jumpa balik..
Member yang dah lama lost contact pun jumpa secara kebetulan.
Kebanyakan dari diorang dok kat Sabah & Sarawak..
Jumpa pun sebab diorang outstation..
Memang kecik la dunia ni..
Cari kat FB pun tak jumpa..
Diorang pun mengaku yang tak buka akaun FB.

Opps..
Ada tetamu dah datang..
Nak tolong wife dengan kelas dia..
Selamat berhujung minggu..

TAKE CARE...

Selasa, 19 Julai 2011

Trip Kuala Lumpur (18/07/11)

Hari Isnin (semalam) pergi ke KL.
Tujuan nak jumpa client untuk jual rumah di PWTC.
Parking kereta di Stesen Star LRT di Bukit Jalil.
Malas nak drive dalam KL.
Dapat elak kesesakan lalulintas.
Lagipun, lagi save naik train.
Sempat gak la snap gambo Ida kat KL kecuali kat PWTC coz terlupa.
Ida baru berusia 7 bulan 3 minggu dah naik train..
 








Masa balik lak..
Masa tengah drive di lebuhraya PLUS Seremban - Ayer Keroh...
Lokasi di area Seremban..
Punya la bengang dengan sebuah bas ni.
Dah la bawa laju, tetiba je dia menghimpit ke tengah..
Takde space lak tu.
Kita siap dame lampu lagi..
Dia keluar gak..
Apa lagi, kereta kena himpit ke lane no. 3..
Ada kereta lain tengah pecut lak tu..
Terpaksa la brek emergency.
Nasib baik, takde kereta yang tengah rapat kat belakang..
Syukur la tak excident semalam.
Patut la bas kalo excident mesti teruk,
Asyik kena sumpah ngan orang je..
Yang best nya bas sekolah lak tu.
Bas Sek. Men. Keb. Bandar Penawar..
Geram punya pasal,
Suruh wife taip sms aduan ke LPKP..
Hope ada la tindakan yang diambil..
Biar dia serik sikit nak buat lagi..

Isnin, 11 Julai 2011

Boring Nya..

Hari Isnin yang membosankan..
Nak main ngan Ida, dia dah tido..
Nasib baik mak dia nak masak, dapat gak online jap..
Tadi buka page All About Life And Dreams..
Saja nak tengok info yang memotivasikan..
Walaupun page sendiri, tapi tengok info dari page yang saya like la..

So, sekarang buka blog pulak..
Update yang simple ni je..
Siap je post update nak blog walking jap..
Nak baca blog blogger lain kat dashboard lak..
Yang mana rasa nak komen saya komen la..
Yang mana tak tu, saya baca aje..
Maklum la, nak walking sejauh yang mungkin..

So, time untuk terjah..

Rabu, 6 Julai 2011

Suka / Duka / Syukur Dah Selamat Semuanya

SUKA

Suka sebab spend time ngan keluarga mertua..
Balik kampung la..
Best tengok mertua ngan ipar main dengan Ida..
Best gak tengok Ida tak nangis ngan diorang..
Kira dah biasa la katakan..
Plus Ida belajar merangkak pun kat kampung..
Selasa lak jenjalan kat tangkak beli stok kain pasang..

DUKA

Masa kat tangkak, tetiba dapat satu panggilan..
Joe (adik) langgar pokok.
Risaunya (Sebab tak tahu cerita detail)..
Siap je beli barang, balik umah mertua..
Rehat jap dan terus gerak balik melaka..
Malam balik umah kampung sendiri lak..
Tengok abah ngan dak Jo takde ape-ape..
Syukur Alhamdulillah..
Bila dengar cerita detail,
Tanggal 7/07/11 dalam jam 4.30 a.m.
Abah dan Jo macam biasa la pergi ke pasar borong..
Masa tu hujan lebat la jugak.
Tiba-tiba je kereta dihadapan terus belok kanan.
Masalahnya,
Kereta tu bukan nak masuk simpang,
tapi mengelakkan pokok tumbang.
Malangnya si Jo tak sempak mengelak dan terus....
Tapi takpe la..
Janji diorang tak ape-ape..

SYUKUR SEMUANYA DAH SELAMAT

Abah dan dak Jo takde apa-ape..
Hari ni lak betulkan kereta..
Total cost RM 350..
Semuanya dah settle..
Esok pagi dah boleh pergi pasar borong lagi..

Ahad, 17 April 2011

Minggu Meniru..

Minggu ni banyak aktiviti meniru di jalankan dalam keluarga.
Aktiviti ni pun akan terlajak sampai minggu depan.
Boleh kata semua asyik nak meniru je..
Maklum la, dari meniru gak kita boleh berjaya..
Actually kitorang sebenarnya suka meniru benda yang baik..
Sape kate meniru tu salah..
Sape tak pernah meniru jangan tengok screen..
Hu3.. ramai peniru la ni kan..
Nak meniru boleh, tapi tiru yang baik je..
Jangan tiru yang tak berfaedah.

Sebenarnya semua orang memang dah dilahirkan untuk meniru..
Celik je mata, macam-macam kita nak tiru..
Kira dah beso le jadi peniru profesional la..
Nape tak aku guna je kebolehan tu untuk berjaya..
Buktinya..

Aku ngan wife memang selalu buka katalog..
Sekarang si Ida dah mula suka tengok sekali..
Hari tu aku bagi kat dia katalog kecil..
Tengok la apa dia wat..

























Actually sekarang dia suka tengok gambar..
Terutamanya yang bewarna merah..
Tapi malangnya katalog kecil tu dah macam kertas bungkus belacan..
So, bahaya kalau dia pegang lagi..

So, sekarang korang percaya tak yang kita dilahirkan untuk meniru?

Isnin, 11 April 2011

Masuk Hospital

Semalam aku gerak balik kampung kat Parit Jawa, Muar.
Memang dah rancang nak balik minggu ni..
Tapi lambat sikit...
Dok kat sini sampai esok..
Nak biar Ida main ngan atuk dia lama sikit..

Lagi pun dia dah masuk wad kat parit jawa ni..
Oops..
Jangan fikir Ida ye..
Tapi kawan baik wife aku..
Sebuah kereta perodua kancil..
Terpaksa di tahan di wad untuk baik pulih yang berkenaan..
Hu3..
Jangan ingat orang je yang masuk wad..
Kereta pun boleh gak..
Estimate total kos dalam 500..
Hope lepas ni dia sihat balik..
Boleh bawa kami sekeluarga jalan-jalan..

Walaupun balik kampung,
Kerja tetap kerja..
Sebab ada kedai online yang perlu dibuka setiap hari..
Sekarang ngah tambah koleksi untuk ready stock baju kanak-kanak.
Tapi buat masa ni test letak 5 dulu.
Saja nak test market.

Untuk mencapai impian, b2b lum cukup lagi..
Ada yang lain lagi..
Untuk yang ni..
Hmm...
Masih dalam proses development..
Ngah mencari skill yang sesuai..
Dah dapat rentak nanti baru boleh umumkan.
Banyak motivation dapat dari page All About life..
Sebab kat page tu dah like page orang yang dah berjaya..
Hari-hari baca info diorang..
Saja nak cari tips dan pembakar semangat..

Khamis, 31 Mac 2011

Penutup Mac 2011

Bulan ni agak menarik..
Tadi masa buka blog, follower dah ada 200.
Thanks kepada kengkawan blogger yang support..
Kepada pemenang GA,
Hadiah korang baru nak di pos hari ni..
Maaf la sebab lambat sikit..
Honestly tunggu budget dan barang..
Kepada yang belum bagi alamat tu, hope le bagi..

Untuk bisnes online kami, B2B Collection:
Sales dah capai target..
Syukur, Alhamdulillah..
Majoriti permintaan barang yang glamour adalah..
Cadar; Sandal Perempuan; Baju Tidur; Beg LV
Semua koleksi boleh tengok kat blog B2B..

Sekarang koleksi B2B pun dah ada ready stok perfume..
Saja nak test jual perfume lak..
Tapi yang ni mahal sikit sebab barang original..

Paling terperanjat sekali bulan ni bila abah kata:
"Bulan 5 abah, mak dan Johari nak gi Umrah".
Murah rezki diorang..
Parent nak gi ke Tanah Suci lagi dan bawa adik sekali..
Aku pun nak kumpul duit la..
Nak gi ngan family aku lak..
Insya Allah..

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan boleh dapatkan info di..
Facebook: B To B Collection
Nanti wife le ceritakan detail..
Maklum la, diakan dah mula nak jadi beautician..
Sekarang dia dah banyak customer facial..
Murah gak rezki kitorang sekarang ni..
Tak sesia usaha promosi selama ni..
Hope akan berterusan..

Awal bulan ni gak aku ada wat page untuk blog ni kat FB.
Nama Page: All About Life And Dreams
Ok la walaupun baru ada 52 orang like.
Page ni aku buat bermatlamatkan niat sharing dan caring..
Ada gak aku like kan page yang boleh memotivasikan diri..
Semuanya demi impian jadi kenyataan..
Kat blog ni pun aku ada letak like button kat side bar..

Bulan ni Ida lak dah pandai nak meniarap..
Pelik gak, sebab dia baru 2 bulan..
Risau lak aku..
Tapi kalo kita layan dia, dia tak meniarap pun..
Tapi kalo tak di layan, tetiba je dia dah meniarap..
Tapi dia xle nak pusing balik..
Aku ngan wife kena tolong baringkan dia balik..

Ahad, 20 Mac 2011

Cerita Weekdays Lepas

Hari Rabu (16/3)

Bawa parent ngan adik pergi Jabatan Imegresen buat passport.
Semua nya sebab diorang akan mengerjakan Umrah bulan Mei ni..
Ramai gak orang yang buat passport hari tu..
Proses buat passport mengambil masa lebih kurang 2 jam 1/2.
Tapi malang nya passport mak kena buat keesokan harinya kerana tertinggal passport lama.

Hari Khamis (17/3)

Sekali lagi bawa parent ngan adik pergi tempat yang sama.
Hari ni mak nak buat passport.
Abah ngan adik lak nak tukar i/c baru..
Hari baru aku tahu yang kalo nak buat i/c baru kena bayar RM 10.
Malangnya adik pulak tak dapat nak tukar i/c sebab cap jari tak sama..
Pelikkan..
Hari Rabu baru je dia buat pasport..
Kena tunggu dua bulan, dia kena call baru tahu punca.
Pun pelik gak..
Nape nak kena tunggu sampai dua bulan..
Tapi yang paling pelik,
Dia tak boleh tukar i/c, tapi pun kena bayar RM 10.
Xpe la..
Maybe bila dah boleh tukar nanti sudah tak perlu bayar kot..
So, aku suruh dia simpan resit tu bebaik.


Jumaat, Sabtu dan Ahad...

Aku sibuk jaga kedai kat pasar..
Saja nak kasi abah rehat sikit.
Sambil tu minta tolong wife dapatkan alamat blogger bertuah..
Dia pun tak kisah, sebab dia memang selalu online..
Balik je dari pasar aku lak dok depan laptop menaip update ni..
Hu3...

Khamis, 10 Mac 2011

Luangkan Masa Untuk Blog Walking

Tadi niat asal nak baca blog orang je..
Tapi teringat hari ni tiada post..
So, menaip jap la..
Banyak gak baca blog hari ni..
Siap tolong terjahkan blog orang lagi..
Macam-macam gak dapat baca..
Jap lagi nak buka FB lak..
Dah lama tak tengok perkembangan member..
Mana tau kekalo ada undangan untuk makan nasi minyak..
Hu3...
Dah tak tau nak tulis apa lagi..
Hmm..

Sabtu, 5 Mac 2011

Weekend Yang Busy..

malam ni kena jaga Ida..
mak dia ada kelas facial..
bukan dia pergi belajar, tapi dialah tenaga pengajar..
so, kena la pergi.

siang tadi pergi merewang..
esok pun merewang lagi..
banyaknya kenduri kahwin..
puas la makan nasi minyak minggu ni..

malam ni nak blog walking je la..
yg mana sempat, le komen..
mungkin banyak terjah untuk baca post je..
kalo semua nak komen,
nanti tak banyak boleh baca..

Khamis, 3 Mac 2011

Happy Nyer..

Nape happy ye..
Sebabnya...........


Tapi sebelum tu,
Penat nya minggu ni..
Petang buat kerja sendiri,
Pagi tolong abah kat pasar..
Maklum la,
Bila ada PRK kat merlimau ni,
Ramai la orang kan..
Bilangan yang datang pasar kurang,
Tapi sekali beli,
Banyak tu..
Ada yang membeli untuk juadah kempen..
Disebabkan ada juadah,
Orang merlimau kurang shopping kat pasar kot..
Takpe la,
Janji barang le jalan..
Just penat nak menghantar je..

Sambung cerita nape happy lak..
Tak sangka sambutan GA amat menggalakkan..
Thanks kepada yang memeriahkannya..
Nanti kalo ada rezeki lebih, boleh buat lagi..

Love U All..

Sabtu, 26 Februari 2011

My 1st Anivessary

Hari ni merupakan Hari Ulang Tahun Perkahwinan ku yang pertama..
Syukur kepada Allah, jodoh kami sudah pun setahun..
Dalam tempoh ini, kami juga telah dikurniakan seorang puteri..
Perniagaan B2B pun semakin baik..
Semuanya rezki anak-anak..
Just nak dedicated ni pada isteri tersayang..





















Ya Allah,
Kau murahkanlah rezki kami..
Kau kurniakan kesihatan yang sempurna kepada kami seluruh keluarga...
Kau berkatilah amalan kami..
Kau tabahkanlah hati kami untuk melalui ranjau kehidupan ini..

Amin..

Khamis, 24 Februari 2011

Terfikir Nak Buat GA La..

Tetiba rasa cam nak Give Away (GA) la..
Semua coz sabtu ni kitorang nye anniversary..
Hmm..
Kalo combined ngan B2B Collection mesti k kan..
Malam ni kena meeting dengan wife..
Tapi dia mesti ok nye..
Just nak kena meeting barang ape yang nak jadi present..
So, maybe pagi esok ada post untuk GA ni..
Hu3.. confiden je kan..