Khamis, 24 Mac 2011

Mainan Untuk Ida

Semalam bawa Ida gi klinik.
Macam biasa la kan, check anak-anak..
Result:
Berat    : 4.63 kg
Panjang: 56 cm

Lepas sesi test deria.
Aku dok sembang ngan nurse.
Diorang suruh aku belikan Ida mainan.
Katanya bagus untuk perkembangan minda.

Lagipun aku memang ada cadang nak beli pun..
Cuma tak tahu nak beli ape je..
Takut merbahayakan Ida..
So, malam semalam aku pergi la jenjalan kat merlimau..
Tergerak lak nak masuk kedai RM 2.
Guess what,
Aku jumpa mainan yang dia main kat klinik tadi..

Hari ni masa dia tengah main,
Sempat la gak snap gambo dia..
Check this out..



Ahad, 20 Mac 2011

Cerita Weekdays Lepas

Hari Rabu (16/3)

Bawa parent ngan adik pergi Jabatan Imegresen buat passport.
Semua nya sebab diorang akan mengerjakan Umrah bulan Mei ni..
Ramai gak orang yang buat passport hari tu..
Proses buat passport mengambil masa lebih kurang 2 jam 1/2.
Tapi malang nya passport mak kena buat keesokan harinya kerana tertinggal passport lama.

Hari Khamis (17/3)

Sekali lagi bawa parent ngan adik pergi tempat yang sama.
Hari ni mak nak buat passport.
Abah ngan adik lak nak tukar i/c baru..
Hari baru aku tahu yang kalo nak buat i/c baru kena bayar RM 10.
Malangnya adik pulak tak dapat nak tukar i/c sebab cap jari tak sama..
Pelikkan..
Hari Rabu baru je dia buat pasport..
Kena tunggu dua bulan, dia kena call baru tahu punca.
Pun pelik gak..
Nape nak kena tunggu sampai dua bulan..
Tapi yang paling pelik,
Dia tak boleh tukar i/c, tapi pun kena bayar RM 10.
Xpe la..
Maybe bila dah boleh tukar nanti sudah tak perlu bayar kot..
So, aku suruh dia simpan resit tu bebaik.


Jumaat, Sabtu dan Ahad...

Aku sibuk jaga kedai kat pasar..
Saja nak kasi abah rehat sikit.
Sambil tu minta tolong wife dapatkan alamat blogger bertuah..
Dia pun tak kisah, sebab dia memang selalu online..
Balik je dari pasar aku lak dok depan laptop menaip update ni..
Hu3...