Sabtu, 9 Oktober 2010

Terkenang Jasa Parents

Sekarang sudah hampir 10 bulan aku hidup berumahtangga.
Tiba-tiba terkenang pada parent yang membesarkan aku.
Mula-mula, ekonomi agak goyang la sikit.
Tapi sekarang sudah semakin stabil.
Bulan depan keluarga aku akan bertambah lagi sorang.
Aku akan ada anak sendiri.
Bila terkenang pada parent, aku semakin sayang pada diorang.
Mungkin hidup berumahtangga menyedarkan akan kesusahan diorang.
Lepas ni aku akan ada anak sendiri.
Bermakna aku akan alami apa yang diorang telah alami.
Rupanya nya bila orang kata dunia ini bulat, memang betullah.
Macam roda, sentiasa berpusing.
Sekarang aku akan mengalami benda yang sama macam parent aku gak.
Semakin lama aku mengalami hidup berumahtangga, semakin sayang aku pada parent aku.
Mungkin aku telah mengalami sedikit pengalaman diorang kot.
Aku harap aku boleh menjadi seorang bapa seperti bapa aku.
Hope keluarga aku sendiri boleh sentiasa happy je..
Aku bersyukur kerana dapat mengalami seperti apa yang parent aku alami.
Masa ni aku bersyukur sangat kerana dapat parent macam diorang..

Ya Allah, Kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa ku..
Kau kurniakanlah kesihatan yang sempurna dan pulihkanlah segala sakit yang dialami oleh mereka..
Kau tempatkanlah mereka dikalangan umat-umatmu yang beriman..
Amin..

2 ulasan: