Ahad, 13 Mac 2011

Kekayaan vs Kesihatan

Ada orang kata, kekayaan itu indah.
Memang sah la kan. Ada duit untuk survive.
Boleh beli apa sahaja.
Boleh pergi melancong selalu..
Maklumlah, ada banyak duit.

Kalo dah kaya, tapi ada masalah kesihatan pula macam mana?
Mesti duit banyak habis untuk kos perubatan..
Maklum la, nak sihat balik.
Tapi saya rasa kalo dah sakit, duit dah tak penting kot..

So, kalo yang fikir nak kaya tu..
Cubalah fikir jaga kesihatan dulu..
Kalo tiada masalah kesihatan, baru fikir nak jadi kaya..
Tapi jangan la lupa cari duit lak..
Nanti susah lak..

Sebenarnya, hidup kita sekarang ni memang memerlukan duit..
Tanpa duit, kita tidak boleh survive..
Takkan nak mengharapkan bantuan kerajaan je kot..
Walaupun kerajaan ada bagi peruntukan, tapi hanya cukup makan je..
Tapi sampai bila kita nak mengharap bantuan orang kan...
Yang penting kita mestilah berusaha dulu..
Berikhtiar lagi baik dari tidak buat apa-apa..

Kita semua sedia maklum yang kesihatan diri perlu dijaga..
Dan duit atau sumber kewangan juga penting dalam kehidupan..
So, antara kekayaan dan kesihatan, yang mana lagi penting kan..
Kalo ada kekayaan tapi ada masalah kesihatan pun susah gak..
Tapi kalo tiada duit tapi ada masalah kesihatan pun susah gak kan?

Mungkin orang kaya akan kata:
"Aku ada duit, boleh cari ubat."
Tapi cuba kalo diorang kena penyakit kronik..
Contoh seperti jantung, hati atau kanser?
Duit kekayaan tu habis diguna untuk kos perubatan je.

So, jangan nak peningkan kepala sangat.
Bagi kita yang sedang mencari kekayaan didunia ni..
Saya rasa sambil-sambil tu, jaga la kesihatan diri dulu..
Mencegah kan lebih baik..
Tapi kalo sudah takdir, kita berserah Pada-Nya..

Yang paling penting sekali..

CUBA IMBANGKAN KEKAYAAN DAN TAHAP KESIHATAN

Insya Allah..

2 ulasan:

kakcik berkata...

Wang pun sebenarnya tidak dapat membeli kesihatan tanpa izinNya. :)

Jamiel berkata...

Memang pun..
Yang penting kita kena la sihat dulu..