Air dirawat oleh majlis perbandaran. Selepas dirawat ia akan disalurkan kerumah kita. Semasa ia disalurkan, ia mungkin terdedah pada bahan tercemar. Semasa proses rawatan, klorin selalunya ditambah untuk menghapuskan bakteria yang boleh mendatangkan bahaya pada kita. Kita janganlah anggap yang air paip yang sampai kerumah adalah bersih.
Tahukah Anda..
Klorin boleh bertindakbalas dengan bahan organik?
Ketika air melalui saluran perpaipan, pelbagai bahan plumbum, penyambung pateri plumbum dan sebagainya boleh mencemarkan air kembali. Berikut merupakan bahan cemar yang mungkin wujud ketika proses pengaliran air dalam sistem perpaipan:
- Partikal
- Karat
- Keruping
- Vinil Klorida
- Plumbum
- Mikroorganisme
- Keluaran sampingan penyahjangkitan
Nasihat saya, renungkanlah tahap kebersihan air yang kita gunakan untuk kesihatan kita bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan