Jumaat, 8 April 2011

Pencemaran Alam Sekitar


Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

1.Pencemaran udara
2.Pencemaran air
3.Pencemaran laut
4.Pencemaran bunyi
5.Pencemaran tanah
6.Pencemaran haba
7Pencemaran sungai dan kolam

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza. Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

Tiada ulasan: