Rabu, 26 September 2012

Badan Yang Sihat Melalui Diet Yang Hebat

Badan yang sihat dan menarik menjadi idaman setiap insan. Namun, perkara yang menjadi masalah ialah kegemukan yang kian meningkat disebabkan faktor pemakanan yang tidak seimbang. Semua amalan diet yang selalu diamalkan sebenarnya ada kebaikan dan kelemahan. Mari kita lihat antara amalan diet yang boleh kita amalkan bersama...

  • Jika anda penggemar roti, pilihlah roti bijirin sebagai kudapan harian. 
  • Elakkan makanan yang mengandungi lemak, amalkan untuktuk membaca label ada kotak makanan
  • Air kosong merupakan pilihan yang tepat untuk berdiet. Bawa botol air ke mana sahaja kerana anda boleh mengelakkan dari minum air bergas atau mengandungi kandungan gula yang banyak.
  • Berpuasa bukanlah cara terbaik untuk berdiet. Sebenarnya kita hanya perlu makan kalori yang cuku dan menguruskannya dengan bijak.
  • Mengelakkan makan tengahari atau makan malam dengan makan ringan secara berlebihan. Amalkan dengan memakan buah-buahan bagi menggantikannya.
  • Lebihkan sayur-sayuran kerana ia rendah kalori. Jangan masak terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan nutrisi ada sayur berubah.
  • Amalkan membuat jus buah-buahan sendiri dengan mencampurkan ia dengan sayur-sayuran kerana ia kaya dengan vitamin dan kurang fruktosa.
  • Memilih makanan yang direbus atau dibakar sebelum memilih makanan yang digoreng.
  • Jika anda gemar makan snek, pilihlah pisang, kacang dan yogurt kerana ia merupakan snek yang terbaik untuk tubuh badan kita.
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Bagi yang tiada masa untuk bersenam, amalkan penggunaan tangga.
  
Sebenarnya ada banyak lagi cara berdiet. Bagi yang sudah tahu caranya, jangan lupa untuk mengamalkannya.

.

Tiada ulasan: