Sabtu, 16 Oktober 2010

Cara Membuat Tauhu (2)

Bahan :

Air Bersih : Secukupnya untuk merendam Kacang Soya
Kacang Soya : 3 kg
Calcium Sulphate : 180 gram (Hendaklah dibakar, kemudian ditumbuk halus)
Air Panas : 2 liter 400 ml
                                                  Garam : Mengikut Keperluan
                                                  Serbuk Kunyi : Secukupnya (jika inginkan Tauhu berwarna kuning)

Cara Membuat:

1. Tampi Kacang Soya untuk membuang segala kekotoran, pasir dan sebagainya.

2. Basuh kacang Soya dengan Air supaya menjadi bersih.

3. Rendam Kacang Soya dalam baldi dengan Air Bersih selama 6 – 12 jam.

4. Ramas Kacang Soya di dalam Air supaya kulitnya tanggal menjadikan biji kacang
soaya terbelah dua.

5. Rendam Kacang Soya yang sudah dibuang kulitnya itu dengan air panas.

6. Blender Kacang Soya sehingga hancur menjadi seperti Bubur Mentah Kacang Soya. Di
dalam sebuah periuk yang cukup besarnya panaskan hingga mendidih Bubur Mentah
Kacang Soya ini bersama dengan Air Panas. [Sukatan Air Panas ialah sama banyak
dengan sukatan Bubur Mentah Kacang Soya]. Kawal api, dan kacau adunan supaya
adunan tidak membuak keluar tumpah dari dalam periuk. Masak selama 15 - 30 minit
atau setakat 2 kali adunan membuak naik, tutup api.

7. Sediakan baldi yang dialas dengan kain belacu yang cukup besarnya di dalamnya
untuk dituangkan Bubur Mentah Kacang Soya yang panas itu, dan dibungkus dengan
kain belacu itu serta diikat untuk sudia diapait, bagi mendapatkan Pati Kacang Soya.

8. Masukkan Garam dan Air Kunyit secukupnya ke dalam Pati Kacang Soya. kacau
sebati. Kemdian masukkan pula 60 gram Tepung Calcium Sulphate dan dikacau adunan
menjadikan adunan bergumpalan. Biarkan selama 5 – 10 minit supaya adunan menjadi
gumpalan dengan sempurna.

9. Siapkan sediakan alat pencetak tahu. Sebelum dimasukkan gumpalan tauhu ke dalam
pencetak yang dialas dengan kain belacu yang cukup besarnya, airnya hendaklah
dipisahkan. Setelah gumapalan tahu diisi penuh di dalam pencetak, bahagian tepi kain
belacu itu diangkat untuk menutup gumpalan tauhu, dan diletakkan pula bebanan berat di
atasnya bagi menindihnya selama satu minit agar tauhu itu menjadi agak mampat. Potong
tauhu mengikut saiz yang dikehendaki.

10. Tauhu yang sudah dipotong-potong itu hendaklah direbus dengan Air Bersih.
Sewaktu merebus tauhu ini, masukkan sedikit garam jika suka hasil tahu itu berasa
sedikit masin, dan kunyit, jika mahukan ia berwarna kuning. Setelah direbus, tutup api
dan biarkan tauhu itu terendam dan sejuk di dalam air rebusannya

2 ulasan:

Jamak Aton Habi Mahmood berkata...

Hi Jamiel ... thanks yer, selamat berkenalan... sila la dtg lagi

arediks92.blogspot.com

Jamiel berkata...

k, sesama la kita sharing info