Tetiba rasa nak buat novel kisah benar lak.
Saja nak share kisah kami berdua.
Dipendekkan cerita..
Semuanya bermula selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
Actually aku dah kena buang sek..
Disebabkan ada exam aku dok belajar lg kat sekolah lama.
Tapi lepas PMR aku kena cari sekolah lain la.
Biasa la, nakal sikit masa tu.
So, masa form 4 aku sekolah kat Merlimau je.
Disebabkan result aku ok, masa tu aku dok menumpang je.
Sementara dapat sekolah baru la katakan.
Lagipun bapa aku yang suruh.
Masa tu banyak la juga borang yang aku isi.
Nak apply sekolah baru la katakan.
Lebih kurang dalam sebulan aku kat sekolah tu.
Tapi 2 minggu lepas sekolah start, aku dapat surat tawaran.
Surat panggilan ke Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah.
Duk kat kelas Jentera 3 sessi 1999/2000.
Kira pelajar untuk Sijil Pelajaran Malaysia berkonsep terbuka yang pioneer la.
Aku bersyukur sangat kepada Tuhan kerana aku dapat belajar di sini.
Setelah aku fikir balik, di sinilah semuanya bermula buat diri kami..
Atau aku mungkin telah ditakdirkan untuk belajar di sini..
Sebenarnya ada lagi surat tawaran lain.
Tapi aku just pilih yang ni je.
Kira keputusan muktamad la katakan.
Kenapa aku kata aku ditakdirkan untuk sekolah kat sini...
Pertama, sebab aku dah pun amik SPM kat sini..
Plus, pada hari pendaftaran yang sama,
Wife aku pun ada datang mendaftar.
Adakah semua ni kebetulan..
Aku rasa semuanya adalah suratan takdir..
Aku tak tipu, sebab kitorang memang satu sekolah..
Kitorang siap boleh bagi proof lagi..
Tak caya tengok surat berhenti sekolah kitorang.. Hu3...
Adakah kitorang dah bercinta masa sekolah ?..
tunggu sambungannya...
cam drama lak...hu3...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan