Isnin, 15 November 2010

Jamil vs Hafsah : Part 3

Selepas habis zaman persekolahan kitorang main surat menyurat je.
Tapi bila dah mula sambung belajar, semua buat hala tuju masing-masing.
Kira kitorang lost contact la.

Lepas setahun lebih kitorang lost contact, masa ni aku ada kat Kuala Lumpur.
Masa ni aku belajar kat Sri Damansara.
Masa ni aku still lagi dengan hobby zaman sekolah iaitu merempit.
Aku bukan nye masuk lumba haram.
Tapi just suka melepak sambil meronda dengan motorsikal je.
Kira Mat Rempit yang baik la ni...hu3...
Tapi bila difikir kembali, aku bersyukur sangat kerana masih lagi mengekalkan hobi masa tu.
Nak tahu kenapa?

Sebabnya?...
Sudah jadi satu kezaliman bila tiba malam sambutan Kemerdekaan, aku dan kawan-kawan
akan berkonvoi beramai-ramai ke Port Dickson.
Masa tu memang ramai la mat-mat motor yang lepak kat situ.
Biasa la, kitorang sambut merdeka dengan motor je.
Guest what?
Masa aku tengah duduk minum kat satu kedai, aku terpandang seseorang yang dah lama tak jumpa.
Tapi aku takut salah orang la kan.
Maklumlah, dah lama tak jumpa.
Masa tu aku buat tak tahu je. Tengah minum la katakan.

Apabila hari sudah siang, aku pun pergi la bersantai di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.
Lagi sekali aku terserempak dengan orang yang sama.
Disebabkan masa ni hari sudah siang, aku bebetul cam la orangnya.
Aku berani kan diri je jumpa orang tu.
Aku nak confirmkan je apa yang aku nampak.

Disebabkan keberanian untuk pergi berjumpa, aku dapat berjumpa kembali dengan seorang kawan.
Siapa lagi kalo bukan orang yang jadi wife aku sekarang ni.
Lama juga la kami bersembang masa tu.
Lama tak jumpa la katakan...
Sebelum berpisah masa tu, aku minta no phone dia..

Pada 31/8/2002 di Port Dickson, kami telah kembali menyambung persahabatan.
Bermula dari hari itu kami mula bersms dan bersembang melalui telefon.
Masa ni pun kitorang still kawan biasa lagi la.
Cuma dari surat-menyurat kepada penggunaan telefon bimbit.
Maklumlah, masing-masing dah ada handphone.

Hari berganti hari, bulan silih berganti..
Tali persahabatan kami semakin akrab..
Nak tahu bila kitorang bercinta?...

bersambung ke part yang terakhir nanti....

4 ulasan:

AngahSayang2314 berkata...

wah..wah... komain rancak sekali ye.. kamu berdua cintan-cinton.... hehehee

syariza09 berkata...

tringat nostalgia dolu2 yer

Jamiel berkata...

Saja nak share..
mana tau anak cucu le baca nanti

NM02 berkata...

kembali nostalgia lama la ni?
jodoh tak ke mana kan.. hik3x