Aku jumpa balik dengan dia di sana..
Rupanya dia sambung belajar di Politeknik Port Dickson.
Mungkin dah jodoh kot.
Selepas balik dari Port Dickson, aku selalu juga sembang dengan dia.
Kadang-kadang main sms je.
Tak lama selepas tu, dia dapat kerja di Klang.
Pastu di Nilai..
Lepas habis belajar aku kerja di Johor..
Ada la 2 tahun..
Kemudian balik kerja di kampung.
Maklumlah, nak jaga parent..
Masa zaman pekerjaan, hubungan kami semakin rapat.
Pada awal tahun 2008, ibu ku masuk wad di Hospital Melaka.
Masa ni aku sibuk dengan masalah keluarga.
Jarang la berhubung dengan dia.
Masa tu tetiba je dia call..
Aku cakap mak masuk wad..
Keesokan harinya, dia datang melawat mak di hospital.
Aku tengok mak ok je sembang dengan dia..
Abah aku tanya, sape tu..
Aku cakap kawan je..
Aku rasa masa tu parent aku macam suka je dengan dia.
Tak lama lepas tu pada 1 May 2008 aku pergi rumah dia di Parit Jawa, Muar.
Aku saja nak jumpa parent dia.
Parent dia pun layan aku ok je.
Dalam sembang dan gurang aku saja tanya kalo nak masuk minang berapa..
Terdiam la juga bapa dia..
Tak lama lepas tu bapa dia kata bawa orang tua kan senang bincang.
Selang 2 minggu lepas tu, bapa aku lak ajak aku pergi umah parent dia.
Macam tahu-tahu je kan..
Sebenarnya masa tu aku dah siap beli cincin risik pun..
Just belum cakap kat abah lagi je.
Kitorang pergi satu kereta je.
Yang pergi aku, abah, mak, pak uda laki bini dan adik aku.
So, inilah group merisik aku..
Hantaran RM 8500 serba satu..
Pastu abah dengan selamba je kata nak kawin kan aku masa raya..
Terperanjat parent dia... hu3..
Kalo tak silap, raya lagi 2 bulan je..
Last-last time raya baru bagi tahu tarikh.
Tapi yang bestnya,
Dah tiba masa raya, lain pulak yang jadi.
Ingatkan nak datang sana tetap tarikh je.
Atas permintaan adik-beradik, bawa la dulang sikit.
Kira masuk meminang la pulak.
Sebenarnya time raya baru diorang tahu yang aku dah merisik anak orang.
Actually satu kampung tak tahu kecuali yang pergi masa tu je.
Rahsia la kononnya..
Abah x kisah pun, cuma dah janji orang Parit Jawa datang raya nak tetap tarikh je.
Bila sampai je sana, terperanjat diorang.
Mahu taknya, dengan dulang siap berhias.
Aku terus pergi call dia cakap, semua tu hadiah dari keluarga.
Tak perlu nak balas.
Tapi masa balik, ada gak balasnya. Aku pun tak tahu masa bila diorang buat.
Bila aku tanya, dia kata masa majlis beli je kat kedai.
Macam-macam kan?..
Aku tak terniat pun nak susahkan diorang.
Bila dah sampai rumah baru aku tanya abah, bila tarikh langsung.
Rupanya semua dah terlupa tentang tujuan ke sana.
Takde lagi tarikh rupanya..
Kalo tak silap, masa Hari Raya Korban baru tahu.
Parent dia datang rumah parent aku.
Pada 26/2/2010 aku pun bernikah dengan dia.
Majlis pada keesokan hari iaitu 27/2/2010..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan