Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). “ (Surah Al Mukminun : 114)
ULASAN AYAT:
1. Setiap mukmin hendaklah menyedari bahawa dunia adalah tempat tinggal yang sebentar. Jangan pernah tertipu dengan keelokkan dunia seisinya, jangan pernah lalai dengan pujukan syaitan dan nafsu sehingga kita mensia-siakan waktu yang ada.
2. Bagi mengelak daripada membuang waktu dan masa yang sedikit ini, kita hendaklah sentiasa menghadirkan ingatan kepada kematian, agar kita akan mempertimbangkan setiap kali hendak melakukan sesuatu perbuatan.
3. Kita juga hendaklah merasa sedar bahawa kesempatan kita untuk menghuni dunia hanya sekali, tidak akan ada peluang lagi setelah tiba kematian. Oleh itu, kita akan gunakan kesempatan dengan sebaik-baiknya.
4. Selalu berusaha untuk membuat bekal dengan amal-amal ketaatan. Menanam ciri-ciri keberkahan dalam umur dengan menggunakan seluruh waktu pada perkara yang berfaedah.
5. Sentiasalah berusaha menambah ilmu-ilmu yang memahamkan hakikat kehidupan dunia dan akhirat, hingga tercetus kesedaran yang menambah keimanan.
6. Selalu berwaspada, jangan sampai melakukan hal-hal yang tidak berguna, meninggalkan perkara-perkara yang tidak penting untuk habuan akhirat.
7. Kita hendaklah mempunyai kesedaran diri yang tinggi tentang tujuan hidup kita. Bukan sekadar memikirkan tujuan hidup di dunia, malah lebih utama difikirkan tujuan hidup ini sehingga ke akhirat. Tiada siapa dapat memberi keselamatan kepada kita melainkan amalan kita dengan rahmat ALLAH.
kredit: Husin, Muhammad Haris. Mr.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan